SELAMAT DATANG KE BLOG PEMASARAN FPSSB

HOME



Sebuah anak syarikat milik penuh FELCRA Berhad (FB). Sejak penubuhan FELCRA Berhad pada tahun 1966, ia telah memainkan peranan penting melalui program pembangunan tanah pekebun kecil kepada estet-estet ke arah peningka tan taraf sosio-ekonomi rakyat luar bandar. Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) adalah sebuah syarikat perunding dan penasihat perladangan yang memiliki kepakaran dalam peran cangan dan pembangunan tanah (termasuk tanah milik pekebun kecil) bagi tanaman kelapa sawit, getah dan padi secara estet. Melibatkan diri dalam pengeluaran bahan tanaman sawit dan padi yang berhasil tinggi, pengeluaran input pertanian seperti baja bio-organik, mikrob berguna (EM), racun herba dan racun makhluk perosak.

DIREKTORI KORPORAT

Tarikh Pengkorporatan : 2hb Julai 1998

Modal Dibenarkan : RM 500,000.00

Modal Berbayar : RM 100,000.00

Pemegang Saham : FELCRA Berhad - 100%
Pengarah Urusan : Tuan Haji Misnan bin Dolah

LATAR BELAKANG KORPORAT

Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) melibatkan diri dalam bidang pengeluaran bahan tanaman sawit dan padi yang berhasil tinggi, pengeluaran input pertanian seperti baja bio-organic, mikrob berguna (EM), racun herba dan racun makhluk perosak.

Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) dianggotai sepasukan tenaga profesional yang pakar dalam pembangunan tanah pekebun kecil, khidmat nasihat ladang dan lawatan agronomi kepada estet serta penghasilan biji benih padi yang bermutu dan terkini.Skop perkhidmatan FPSSB adalah ke arah mempertingkatkan produktiviti dan menguntungkan ladang-ladang yang dimajukan dan diuruskan oleh FPSSB.

Melalui ke semua unit, FPSSB membekalkan kepada pelanggan rangkaian perkhidmatan berkualiti seperti berikut :-

  • Khidmat Nasihat Agronomi bagi tujuan syor pembajaan.
  • Khidmat Nasihat Ladang berasaskan 3C (Crop, Cost and Condition).
  • Khidmat Runding Projek yang meliputi perancangan pembangunan dan pengurusan estet bagi tanaman kelapa sawit, getah dan padi.
  • Laporan projek dan penilaian estet bagi mendapatkan pinjaman kewangan.
  • Khidmat analisis makmal untuk tanah, dedaun dan mutu biji benih padi.
  • Membekal biji benih padi yang berkualiti serta berhasil tinggi.
  • Laporan kajian untuk Penilaian Impak persekitaran(EIA)/ Laporan Pemantauan Persekitaran (EMR).
  • Pengeluaran Baja BOF
  • Pengeluaran Racun Kimia
  • Nweed (Glyfos)
  • Nweed (Triclo)
  • Pengeluaran NRICH Kimia Pertanian
  • Pengeluaran Baja NRICH Bio Organik
  • Pemetaan Digital Ladang (GPS/GIS)